Anugerah yang diterima Ahmadshah_Abdullah

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah telah dianugerahkan bintang kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, Seri Panglima Darjah Kinabalu, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu, Ahli Setia Darjah Kinabalu, Kesatria Mangku Negara dan Jaksa Pendamai.

Pada 16 Julai 2008 lalu, beliau menerima Darjah Mahkota Kedah (DMK) membawa gelaran Datuk Seri Utama dari Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena ulangtahun Jubli Emas pemerintahan baginda di negeri Darul Aman itu.